By : Meiniah Calm
Ya Allah.......... air mataku yang tumpah Ini kerana menyesali dosa ... sujudku yang menginsafi rasa kehambaan diri ... tanganku yang memohon pengampunan dan rahmatMu... wajahku yang menghadap-Mu dengan rasa kehinaan....
Jadikanlah airmataku, sujudku, tanganku dan wajahku ini sebagai saksi diakhirat nanti…. Bahawa aku pernah merintih mohon ampunan padaMu.... Jadikanlah airmataku, sujudku, tanganku, dan wajahku ini sebagai pemayung ketika panas terik di Padang Mahsyar…..
Sesungguhnya tidak dapat ku tanggung olehku itu semua, Jadikanlah airmataku, sujudku, tanganku dan wajahku ini sebagai pemberat ketika amalanku ditimbang….. Sesungguhnya terlalu gentar hati ini apabila mengenangkannya
Jadikanlah airmataku, sujudku, tanganku dan wajahku ini sebagai penyelamat ketika dihumban ke dalam nerakaMu….. Sesungguhnya tiada amalanku yang layak untuk menyelamatkan diri Tuhan…. Tiada amalanku yang dapat dipersembahkan sempurna kepadaMu.. kerana kebaikanku telah ditembusi kejahatanku.... Melainkan hanya ini yang menjadi harapan...... airmata penyesalan, sujud seorang hamba, tangan yang sentiasa mengharap rahmatMu dan wajah yang malu memandangMu.
Meskipun rayuan setinggi gunung, namun...... kesangsian datang di celah harapan.... Apakah air mata yang mengalir seikhlas air mata penyesalan Nabi Adam selama 200 tahun hingga bumi terbelah menjadi sungai?
Apakah sujudku ini sehebat Uwais Al-Qarni yang merintih hingga dinihari? Apakah tanganku ini menadah serta bermohon seperti ketulusan tangan Siti Mariam yang merayu ke hadrat Illahi? Apakah wajahku yang mengadapMu ini seperti Rabiatul Adawiyah yang mengadapMu dengan rasa kehinaan?
Semua kesangsian ini Ya Allah .. mendatangkan kegentaran di dada untuk mengadapMu ….. Tetapi….. hanya ini yang ada padaku…Ya Allah... Terimalah diriku yang hina ini sebagai hamba Mu..hamba yang mengharap RedhaMu....... aminyarobal'alamin...
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjGITqYboxlaO7BVd5DtKzoqU7AUHPos7fAAGTxcgtmze4pNdny0R05n9EiwoO26shV-CgkcPzxyA8Pyx2dbC5Jgg8M5iLCqbwLNWDeQDpIvvG82c3PGPO1pzlNt-XlYRHxHmKeGGCj5dkM/s320/divider_f.gif)

Ya Allah! Ampunilah,
Dosa-dosaku,
Yang Kau mengetahuinya,
Lebih baik dariku. (2X)
Dosa-dosaku,
Yang Kau mengetahuinya,
Lebih baik dariku. (2X)
Ya Rabbi! Kalau kuberbuat,
Dosa dan daga-dagi,
Biarlah ampunanMu,
Menutupinya lagi. (2X)
Dosa dan daga-dagi,
Biarlah ampunanMu,
Menutupinya lagi. (2X)
Ya Rabbi! Ampunilah,
Dosa yang dibuat,
Oleh mataku,
Ampunilah hambaMu!
Dosa yang dibuat,
Oleh mataku,
Ampunilah hambaMu!
Ampunilah kata-kataku,
Yang keji dan buruk,
Dan ampunilah ketidakmampuanku,
Menahan nafsuku. (2X)
Yang keji dan buruk,
Dan ampunilah ketidakmampuanku,
Menahan nafsuku. (2X)
CintaanMu kepada,
Mereka yang Kau suka,
Memang adalah lebih daripada,
Cinta yang dalam dunia. (2X)
Mereka yang Kau suka,
Memang adalah lebih daripada,
Cinta yang dalam dunia. (2X)
Kau Sendiri bantuan mereka,
Yang tawakal padaMu,
Dengarlah kepadaku,
Wahai Tuhanku!
Yang tawakal padaMu,
Dengarlah kepadaku,
Wahai Tuhanku!
Berikanlah petunjuk padaku,
Agar kumeminta,
DariMu apa yang menguntungkan,
HambaMu selalu. (2X)
Agar kumeminta,
DariMu apa yang menguntungkan,
HambaMu selalu. (2X)
Ya Allah, adiliku,
Di dalam urusanku,
Berdasarkan keampunanMu,
Tak keadilanMu. (2X)
Di dalam urusanku,
Berdasarkan keampunanMu,
Tak keadilanMu. (2X)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjGITqYboxlaO7BVd5DtKzoqU7AUHPos7fAAGTxcgtmze4pNdny0R05n9EiwoO26shV-CgkcPzxyA8Pyx2dbC5Jgg8M5iLCqbwLNWDeQDpIvvG82c3PGPO1pzlNt-XlYRHxHmKeGGCj5dkM/s320/divider_f.gif)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar